Sunday 18 November 2012

10 Senarai individu terkaya dunia tahun 2011

Laporan di laman web Forbes.com menyatakan, tahun 2011 menunjukkan peningkatan yang baik kerana terdapat lebih 1,210 bilionair berjaya disenaraikan, dan jumlah aset yang terkumpul setakat ini sudah mencecah USD4.5 trilion.
3 Individu Terkaya Dunia
Ini merupakan satu angka yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun siapakah yang berada dalam cara 10 terkaya di dunia ini? Adakah Bill Gates dan Warren Buffet masih lagi mendominasi carta kekayaan ini? Mari kita sama-sama selidik berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh tim Majalah Niaga.

#10 – Christy Walton

Christy Walton
Christy Walton atau nama penuhnya Christy Ruth Walton. Dilahirkan pada tahun 1955, merupakan isteri kepada John T. Walton, anak kepada pemilik syarikat Walmart, Sam Walton.
Pada Jun 2005, selepas kematian suaminya John. T Walton, Christy Walton telah mewarisi semua harta yang dimiliki olehnya, iaitu sebanyak USD15.7 bilion. Menurut laporan Forbes, beliau tersenarai sebagai individu keempat terkaya di Amerika Syarikat, dan individu kesepuluh yang terkaya di dunia.
Sehingga kini, umur beliau kini sudah mencecah 56 tahun, dan kini memegang aset daripada syarikat Walmart sebanyak USD26.5 bilion dolar.
Jumlah aset terkini: USD26.5 bilion.

#9 – Mukesh Ambani

mukesh ambani
Anak kelahiran India yang lahir pada 19 April 1957 ini merupakan salah seorang indivdu berpengaruh, berdasarkan kajian Forbes. Mukesh Ambani juga meruapakan individu kedua terkaya di Asia, dengan memiliki nilai aset sebanyak USD27 bilion.
Beliau merupakan chairman untuk beberapa buah syarikat besar. Antara industri bisnes yang diceburi oleh Mukesh adalah industri gas dan minyak. Kajian Forbes juga membuat andaian, beliau akan menjadi individu yang terkaya di dunia pada tahu 2014, seiring dengan permintaan yang tinggi dalam industri bisnes beliau.
Jumlah aset terkini: USD27 bilion.

#8 – Eike Batista

Eike Batista
Eike Fuhrken Batista da Silva, atau lebih dikenali sebagai Eike Batista, merupakan usahawan tegar kelahiran Brazil. Beliau lahir pada 3 November 1956 di Brazil, namun zaman kanak-kanak beliau lebih banyak dihabiskan dalam negara-negara Eropah seperti Jerman.
Sehingga kini, Eike Batista mempunyai pelbagai bisnes, termasuklah perlombongan. Ini kerana ayah beliau, Eliezer Batista da Silva, merupakan bekas seorang pegawai tinggi syarikat perlombongan Vale S.A.
Individu yang kini berusia 54 tahun ini kini memiliki aset sebanyak USD30 bilion. Antara sektor bisnes beliau yang aktif sehingga hari ini, adalah perlombongan dan minyak.
Jumlah aset terkini: USD30 bilion.

#7 – Amancio Ortega

Amancio Ortega
Jika sebelum ini kita menyangka kebanyakan individu terkaya mempunyai bisnes yang tiada kaitan dengan fesyen, berbeza pula dengan Amancio Ortega Gaona. Anak kelahiran Sepanyol yang lahir pada 28 Mac 1936 ini, dikenali sebagai ‘pemilik butik fesyen terkaya dunia’, yang dikenali sebagai Zara.
Butik Zara kini sudah mempunyai lebih 14 ribu pekerja, dan mempunyai cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Usia beliau yang hampir mencecah 80 tahun langsung tidak menghalangnya, daripada terus mendominasi industri fesyen dan bisnes yang lain.
Jumlah aset terkini: USD31 bilion.

#6 – Lakshmi Mittal

Lakshmi Mittal
Lakshmi Narayan Mittal, lahir pada 15 Jun 1950, merupakan anak kelahiran India. Beliau adalah pengerusi dan ketua eksekutif syarikat ArcelorMittal, yang dikenali sebagai syarikat pembuatan besi terbesar di dunia.
Di United Kingdom, Mittal memegang status individu paling kaya. Manakala di Eropah, beliau berada di tangga kedua. Selain daripada memiliki aset kekayaan bernilai sekitar USD31.1 bilion, Mittal juga dikategorikan sebagai individu ke 44 yang berpengaruh di dunia.
Sehingga kini, aset beliau banyak diperoleh daripada syarikat ArcelorMittal, dan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak USD31.1 bilion.
Jumlah aset terkini: USD31.1 bilion.

#5 – Larry Ellison

Larry Ellison
Seorang tokoh bisnes terkemuka di Amerika, Larry Ellison atau nama penuhnya Lawrence Joseph “Larry” Ellison merupakan pengasas dan ketua eksekutif syarikat Oracle Corporation, iaitu sebuah syarikat yang mencipta perisian komputer.
Bilionair yang lahir pada 17 Ogos 1944 ini juga merupakan salah seorang individu, yang gagal ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun atas kepercayaan yang tinggi terhadap peluang bisnes yang diceburi, catatan Forbes menunjukkan beliau kini merupakan individu bilionair kelima terkaya di dunia.
Jumlah aset terkini: USD39.5 bilion.

#4 – Bernard Arnault

Bernard Arnault, pemilik Louis Vuitton
Ahli perniagaan yang berasal dari Perancis, dan berusia 62 tahun ini lebih dikenali sebagai pengerusi dan CEO bagi syarikat LVMH (Louis Vuitton Moët Hennessy). Ia adalah sebuah syarikat gabungan beberapa industri, termasuklah fesyen mewah.
Individu yang mempunyai ijazah dalam kejuruteraan ini kini mempunyai jumlah aset sebanyak USD41 bilion, yang menjadikan beliau sebagai individu keempat terkaya di dunia, menewaskan pemilik industri fesyen Zara, Armancio Ortega.
Jumlah aset terkini: USD41 bilion.

#3 – Warren Buffet

Warren Buffet
Warren Edward Buffet, individu yang pernah menduduki tangga teratas dalam senarai individu terkaya di dunia ini, masih lagi berupaya untuk berada dalam senarai 5 teratas, meskipun usianya sudah mencecah 80 tahun.
Belia dikenali sebagai ‘American Legendary Investor’, menerusi sifatnya yang bijak mengenalpasti peluang keemasan dalam pelaburan. Sehingga kini, beliau merupakan pemegang utama saham, pengerusi dan ketua eksekutif di Berkshire Hathaway.
Meskipun memiliki aset bernilai lebih USD50 bilion, Warren Buffet juga dikenali dengan sifat yang tidak boros berbelanja.
Jumlah aset terkini: USD50 bilion.

#2 – Bill Gates

Bill Gates
Siapa yang tidak kenal tokoh bisnes Amerika Syarikat ini? William Henry “Bill” Gates III yang lahir pada 28 Oktober 1955. Beliau juga pernah memegang carta individu terkaya di dunia pada tahun 1995 hingga 2007. Kemudian berada di kedudukan ketiga pada tahun 2008, dan kembali nombor satu semula pada tahun 2009.
Jumlah aset yang terkumpul adalah menerusi syarikat Microsoft, yakni bernilai lebih USD56 bilion. Selain daripada memiliki nilai kekayaan mencecah bilion dolar, Gates juga dikenali sebagai inventor, kerana telah mencipta revolusi dalam sistem komputer dan aplikasi.
Pada tahun 2000, beliau dan isterinya, Melinda Gates membuat keputusan untuk membangunkan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Bill & Melinda Gates Foundation.
Jumlah aset terkini: USD56 bilion.

#1 – Carlos Slim Helu

Carlos Hlim Helu
Carlos Slim Helu, anak kelahiran Mexico yang lahir pada 28 Januari 1940. Pengerusi dan ketua eksekutif syarikat telekomunikasi Telmex, dan América Móvil ini menewaskan jumlah aset kekayaan yang dimiliki oleh Bill Gates, iaitu jumlah keseluruhan sebanyak USD74 bilion.
Setakat ini, beliau telah memegang takhta sebagai individu terkaya di dunia sebanyak 2 tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2010 dan 2011. Pertama kali nama beliau berada dalam kedudukan nombor satu, adalah pada tahun 2007.
Jumlah aset terkini: USD74 bilion.

No comments:

Post a Comment