Thursday 6 December 2012

5 orang paling bijak di dunia


Individu terpintar di dunia ini dipilih berdasarkan ujian tahap kepintaran (IQ) mereka melalui tinjauan dilakukan agensi antarabangsa.

Kim Ung Yong
1. Kim Ung-Yong – IQ: 210

Ung-Yong yang berasal dari Korea Selatan, menunjukkan tahap kepintarannya sejak kecil. Beliau mula bertutur pada umur enam bulan dan mampu bercakap dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Inggeris, Jerman, Jepun dan bermacam lagi. Dia turut menerima gelaran Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang fizik di Universiti Colorado, Amerika Syarikat ketika berumur 16 tahun. Ung-Yong disenaraikan dalam Guinness  of  kerana memiliki IQ tertinggi di dunia dengan markah dianggarkan sebanyak 210.

chris langan

2. Christoper Michael Langan – IQ: 195

Langan dikenali sebagai ‘Lelaki Terpintar di Amerika Syarikat’ oleh pihak media kerana memiliki tahap IQ sebanyak 195. Dilahirkan di San Francisco, beliau mula bertutur pada umur enam bulan dan mampu membaca pada umur empat tahun. Langan melanjutkan pelajarannya ke kolej tempatan tetapi berhenti tidak lama kemudian kerana menganggap pelajarannya tidak setanding dengan kepintaran yang dimiliki.


3. Philip Emeagwali – IQ: 190

Emeagwali dilahirkan di Akure, Nigeria pada 23 Ogos 1954. beliau menjadi seorang saintis jurutera dan komputer serta memenangi satu daripada dua anugerah Hadiah Gordon Bell pada 1989 kerana mencipta sebuah super komputer Mesin Sambungan untuk membantu menganalisis kawasan .


Garry+Kasparov+by+cool+sports+players+%25284%2529

4. Garry Kasparov – IQ: 190

Kasparov adalah seorang Juara Catur Dunia. Beliau dilahirkan pada 13 April 1963 di Rusia. Kasparov menjadi Juara Catur Dunia termuda pada 1985 ketika berumur 22 tahun. Beliau berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Nombor Satu Dunia sehingga ditewaskan rakan senegaranya, Vladmir Kramnik pada 2000. Selepas bersara pada  2005, Kasparov menerbitkan beberapa siri buku berkaitan dengan sukan kegemarannya.


marilyn vos savant shrunk

5. Marilyn Vos Savant – IQ: 186

savant dilahirkan pada 11 Ogos 1946 di Missouri, Amerika Syarikat. Dia adalah seorang penulis ruangan majalah, pengarang, pensyarah dan penulis drama sekali gus berjaya menempatkan diri di dalam Guinness Book of World Records untuk IQ tertinggi. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang prinsip hidup di Universiti Washington tetapi berhenti selepas dua tahun untuk membantu perniagaan pelaburan keluarganya dan mencari kebebasan kewangan untuk mengejar kerjayanya sebagai seorang penulis.

No comments:

Post a Comment